Tuesday 15 March 2016

My Birthday

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Alhamdulillah wa syukrillah

Syukur ke hadrat Ilahi, telah sampai pada usia kini pada awal Mac baru-baru ini.

Masih diberikan peluang olehNya untuk terus berkhidmat pada keluarga, ummah dan agama.

Masih diberikan kesempatan untuk mengaut bekal sebagai persediaan di akhirat kelak

Syukur juga atas segala nikmat yang telah diberikan dan tak terkira. Sama ada nikmat dalam kesenangan mahupun kesusahan.

Allah telah berikan kesempatan buat diri ini berdiri di atas muka bumi ini dalam keadaan baik.

Kalau diucapkan kata syukur, beberapa entry pun tidak habis. Apapun alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Walau tidak berada bersama keluarga dalam ulang tahun kelahiran ini, tetap bersyukur kerana masih dalam doa mereka. Well, sejak sekolah menengah lagi kalau ulang tahun kelahiran aku, tidak bersama keluarga. Boarding school baa kasikna.... huhu

Namun, setiap kali ulang tahun kelahiran ku, pasti dan wajib akan sampai ke mesej atau call untuk wish birthday aku.

"Ayah dan Ibu mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran. Semoga cemerlang di dunia dan akhirat didoakan". Allahu :'(

Namun pada tahun ini, ucapan sedemikian tiada sudah singgah ke inbox atau whatsapp.

Ayah, Allahumaghfirlahu warhamhu. Tidak pernah dalam sehari selepas pemergian beliau tidak ku terkenangkan beliau. 

Walau demikian, Life Must Go On kaaan. Walau mungkin satu doa yang wajib untuk aku sudah tiada, I still have my Ibu. Semoga Allah pelihara beliau dan berikan kesihatan yang baik.

InshaAllah I'll do my best.

Selamat Ulang Tahun buat diri sendiri.
Semoga dikau cemerlang di dunia dan di akhirat kelak. Menjadi hamba Allah yang berguna pada Islam dan Ummah.

Akhir sekali, sesungguhnya, setiap kali ulang tahun kelahiran adalah satu peringatan yang kita perlu ambil kira. Umur semakin bertambah bermakna juga usia semakin singkat.

Do your best, Allah will do the rest, Life will be bless 
^_^v