Saturday 2 April 2016

Tadabbur dan Muhasabah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Bersyukur ke hadrat Allah swt dan Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Muhammad saw

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara dan bernyawa pada hari ini

Semoga anda semua dikurniaka limpahan rahmat dariNya

Al-Quran...


Kita lihat tempat dimana kita letak Al-Quran kita, adakah berhabuk dan keras tidak pernah disentuh atau sedikit lembut bukaannya kerana selalu dibuka dan dibaca.

Kita muhabasah pada tahap mana keimanan kita pada Al-Quran ini.

Adakah pada tahap tidak ditengok, tidak dibaca, tidak dihafal tidak difahamai, tidak diamalkan? (Naudzubillah)

Atau dilihat, dibaca, didengar, dihafal, difahami dan diamalkan (InshaAllah walhamdulillah)

Tapi antara kita dan kebanyakkannya, kita hanya baca, sedikit hafal, kurang difahami dan hampir tidak diamalkan. (Allahu)

Moga kita perbaiki diri kita. 

Dalam tulisan Sheikh as-Sayyid Qutb Rahimahullah, 'Generasi Quran yang unik' / 'جيل قرآني فريد'

Sesungguhnya, Rasulullah telah mendidik para sahabat baginda dengan jalan Al-Quran dan terus diamalkan selari dengan apa yang tertulis dalam kitab Al-Quran. Seterusnya, dengan itu pada era sahabat dan generasi yang dekat dengan Rasulullah tetap terus teguh dalam Islam dan                         Islam kian meyebar serata dunia.

Kita dimana? Lalai? ya itu kita, kenapa? Kerana karat2 jahiliyyah tidak kita buang serata total lagi. Kaan? Kita sama-sama perabaiki ya.

Ketika zaman Rasulullah dan para sahabat, mereka sangat mentadabburkan Al-Quran dan ada antara mereka yang menangis takut kerana mengingati akan keadaan neraka dan peringatan Allah. Malah ada juga yang gembira kerana mengingati akan segala nikmat atas jalan Islam ini.

Allahu~

Kita bagaimana?

Seterusnya, janganlah kita seperti seekor keldai yang mana bebanannya banyak tapi tiada manfaat buatnya. Sebagai contoh, buku merata-rata dan tersusun rapi tapi tidak pernah dibaca dan diambil iktibar. Al-Quran ada dan terus menerus dibaca tanpa diambil ibrah dan iktibar darinya.

Sesungguhnya, Al-Quran yang dibaca juga dapat membersihkan hati bagai air membersihkan raga walau tidak difahami sangat kerana itulah kelebihan Al-Quran. Tapi alangkah ruginya, dibaca tanpa difahami dan diamalakan.

Akhir sekali, kita muasabah diri kita selalu...
Adakah kita dalam keadaan beriman atau kufur (pada makna kita tidak mengiman bersungguh-sungguh), adakah kita ikhlas atau riak dalam melakukan sesuatu, adakah kita kita dalam keadaan betul-betul mentauhidkan Allah atau mensyirikkan (mengharapkan sesuatu selain dari Allah)

*Tadabbur : Memahami dan memikirkan apa yang terkandung pada maknya*

Allahualam

Segala yang baik itu datangnnya dari Allah, manakala segala kekurangan adalah dari diri yang lemah ini. Mohon segala teguran dan pembetulan.

Wassalam