Friday 26 February 2016

Gambar seorang Wanita

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

All praises to Allah

Syukur pada Tuhan kerana masih bernyawa pada hari ini.

First of all, ini adalah berdasarkan perndapat dan penilaian dari penulis sendiri.

Syukur pada Tuhan sekali lagi kerana kita dilahirkan dalam keadaan fitrah dan suci. Sama ada lelaki mahupun perempuan.

Di sini penulis ingin mengutarakan sedikit pendapat berkenaan gambar anda wahai yang bernama perempuan tertamanya yang disiarkan (upload) ke media sosial.

Ya tidaklah penulis mengatakan bahawa upload gambar ke media sosial contohnya FB, Insta and so on salah seratus peratus. Tapi cuba fikir balik, adakah sesuatu yang baik kita menayangkan wajah yang sudah Tuhan beri untuk tatapan pada yang bukan halal selain suami dan keluarga.

Kini tanpa sedar, banyak 'website' atau capaian dalam media yang memuat naik gambar perempuan untuk digunakan untuk secara tidak baik. Mungkin juga salah satunya adalah gambar anda. (Naudzubillah)

"Well this is my account, don't tell me what to do", mungkin ni dalam hati kalian.

"Well, here I want to tell the reality" :)

Kena sedar, bahawa minda lelaki sangat luar biasa. (Ok sila luaskan pembacaan psikologi)
Mungkin ada antara mereka yang menggunakan gambar anda untuk memuaskan nafsu mereka.
(Allahualam)

Jijik, ya memang jijik tapi tidakah sedar bahawa, sememangnya wajah perempuan adalah sesuatu yang indah dan patut dijaga. Mungkin tidaklah totally salah pada perempuan tapi bak kata dalam istilah, 'You did trigger it"

Walaupun yang kelihatan cuma mata. Atau mungkin ya dikau bertutup dengan jubah tapi kalau jubah tu jenis menampakkan tubuh badan. Atau mungkin bertudung, tapi kalau jarang jenis kainnya.
Allah~ Ingat, mata dan minda lelaki ni luar biasa.

Secara personal, aku respect muslimah yang agak 'sombong' dengan lelaki. Senyuman mu mahal. Ya senyuman itu sedekah, senyum sajalah dengan golongan sama. Its not necessary, you as a woman smile to other man, right?  ^_<v

BE A RESPECTED WOMAN

Bukan menampakkan complicated, tapi dari hati seorang lelaki, i just want you to be the best wahai muslimh, especially cik 'zaujah'

Sebab itu dalam Islam, banyak mengajar pengikutnya dalam menjaga diri secara baik sama ada untuk lelaki mahupun perempuan. 

Penulis ceritakan sedikit, kadang dalam banyak-banyak kawan bukan semuanya yang soleh jenis baca qur'an 24 jam, ada juga perangai macam 'setan' kaan (pardon me).

"Tengok gambar cewek (perempuan) ni, cantikkan, comel Pergh kalau aku dapat..bla bla bla", kata si kawan pada aku. Dalam hati aku, well, nasib la kau perempuan. haha (Sorry guys)

Mohon gunakan media sosial secara berhemah.

Kadang ada yang sudah berrumah tangga tapi masih galak upload gambar ke media. Apa perasaan suami atau anak-anak? Tepuk dada tanya iman. Ini yang menakutkan aku.

Maafkan diri yang hina ini. Namun itulah hakikat dunia sekarang. Nilai moral kian merosot. Ya benar, kita akan kembali seperti zaman jahiliyah.

Wahai wanita, mohon pelihara dirimu. Ya dikau juga wahai lelaki.

Pelihara perhiasan mu wahai wanita untuk yang halal buatmu. Jadilah hiasan dunia yang indah bukan sebagai fitnah. Sungguh nilai budi dan lemah lembut mu sangat tinggi. 

Bukan mengkongkong wanita tapi sungguh Islam sangat menjaga dirimu. Allah tinggikan taraf mu sebagai wanita, jangan dikau rendahkan.

Dari Amr ibnu ra : ”Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhisannya adalah wanita solehah.” (HR.Muslim,Ibnu Majah dan An Nasai)

Akhir kalam, 

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(Surah An-Nur : 30)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, ...... (ila akhir ayaa)
(Surah An-Nur : 31)

Sedikit tambahan, ya benar lelaki akan tundukkan pandangan mereka seboleh mungkin, namun tanggungjawab perempuan juga untuk jaga diri mereka. Semoga Allah pelihara diri kita semua dan ditetapkan iman.


Allahualam, Sesungguhnya yang baik adalah dari Allah, yang kurang adalah dari diri penulis sendiri. Mohon maaf kalau ada yang terguris hati. Mohon teguran kalau ada salah.

Wassalam

Monday 22 February 2016

Sabahan is unique

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Al praises to Allah

Ok Sabahan ini sangat unik

Aku bagi beberapa keunikan

Paling utama is 'BAH'

Dari segi makanan, ya banyak sangat keunikan sama ada halal mahupun tidak hahaha

Opkos kita cari yang halal kaan. Ok kalau mau try...datang Sabah la.

Contoh; Sagol/Sinagol, putu, ambuyat, bambangan and so on.

Bahasa? Semestinya.

Aku pun dilahirkan dari ayah dan ibu yang berlainan budaya dan bahasa.

Kedayan dan Bajau

Ok, kalau mau tau... aku sediakan kelas bahasa ibunda ku. Bayaran belum ditentukan.
Ada nahu saraf. haha

Hidup berlainan bangsa, etnik, budaya dan lain2 secara aman dan harmoni.

Tapi antara keajaiban sebagai Sabahan (lol) kau akan dapat bezakan muka seseorang itu dan teka apa bangsanya. Betul ndak Sabahan? hehe

Kalau tengok orang... "Ini mesti budak Ranau ni", "Ini mesti sumandak KK", "Ini mesti orang sampulna (Semporna), "Ini mesti Sabahan" (Kalau jumpa di semenanjung)

Serius, kami boleh (mungkin tidak tepat) untuk meneka orang tu apa bangsanya, dan dari mana asalanya. hehehe

Lagi satu, Sabahan punya muka 'flawless' kunun macam aku (lol). Ok itu aku akui benar. haha (tp tidak semua). Ada jugak, pindik2 tagap.

Kalau kau jumpa Sabahan di keyelll sebagai contoh, dan tiba2 kau ber-communicate cara keyyelll... lol sangat memalukan dan mcm heremmmm

Aku selalu cakap dengan kawan-kawan atau kenalan aku. Kalau datang Sabah. Bagitau aku. Aku support yang lain inshaAllah (kalau Allah kurniakan rezeki lebih dan kalau aku ada masa free). Kamu just datang support tiket sendiri. Kalau support topup minyak tu...aku sangat hormati hehe.

(Orang Bilang - Narsisius ft Raphiel Pinus)

"Asal dari kampung", tagline Zero Raja Lawak

"Bulih bah kalau kau", tagline satu Sabah.

Adios guys. 

Wassalam

Thursday 18 February 2016

Salam Jumaat 18 February (Sedikit Perkongsian)

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Jumuah Mubarakah

Salam jumaat yang berkah

Ikut kalendar masa Islam, dah jumaat kaan ni...hehe

10 JamadilAwal 1437 H

Semoga pada hari yang berkah ini lebih baik dari semalam dan lebih baik dari jumaat yang lepas

Nothing Special pun dalam 18 february ni sampai nak buat post segala.

Just terfikir nak share sikit pengalaman semasa berada diperantauan, ardul kinanah Mesir

Alhamdulillah Allah beri kesempatan buat hamba yang hina dina ini untuk merantau jauh demi mengemis ilmu

Dan banyak yang telah dilalui semasa berada di sana

Semasa pertama kali sampai di sana, para senior atau mereka yang lebih lama sudah berada di sana mengingatkan kami 'budak2 baru'

Ada apa dengan perkataan Mesir aka Egypt aka مصر  

Dalam perkataan arab, ada tiga huruf  م  ص  ر  

 Mim م - Musibah
 Sod ص - Sabar
Ro ر  - Redha

Musibah? Tak musibah mana pun, hanya banyak cubaan dan dugaan akan dilalui bagi mereka yang berada di sana. Sesiapa pernah berada di sana akan tahu. Contoh? haha malas mau cerita sebab banyak.

Sabar, ya mesti perlu sabar. Dengan segala cubaan dan ragam yang dilalui, banyak sangat mengajar erti kesabaran. Terutamanya semasa berurusan dengan orang Mesir. Paling mencabar.

Redha. Atas segala yang berlaku pasti atas kehendak Allah dan pasti ada hikmah buat mereka yang terus istiqamah dan sabar.

Ok bersempena hari jumaat yang mulia ini, hari jumaat di Mesir sangat indah bagi ku. Sangat mengajar akan erti hidup.

Selalu kalau di sini, Malaysia, kadang datang terlewat sikit semasa azan untuk solat jumaat, boleh masuk macam ninja melalui dan melangkah betis mereka yang terlebih dahulu sudah berada di masjid untuk berebut tempat di dalam masjid (iysh... sapa suru lambat).

Kalau di Mesir, fuhhh kalau datang semasa awal azan pun terpaksa berdiri dan siap membawa sejadah untuk persedian kalau2 tempat sudah tiada, kadang terpaksa sampai ke jalan raya. Bukan sebab masjid kecil tapi sebab jemaah yang sangat sangat ramai.

Dan jumaat paling best sebab cuti. Yes ada sebahagian negeri di Malaysia yang cuti pada hari jumaat tapi bagi kami Sabahan, mana lah dapat rasa bercuti pada hari jumaat melainkan berada di negeri tersebut. hehe

Hari yang diperuntukkan untuk main futsal awal pagi lepas subuh di 'suq sayarat' bagi mereka yang tinggal dekat2 'asyir'. Tempat dimana lahirnya para pemain bola sepak handalan. Main sampai orang arab halau sebab banyak kereta dah masuk nak kena lelong (lol)

Hari dimana meluangkan masa berasama sahabat handai. Kadang ada pergi ke muhafazah (macam daerah la) lain untuk melawat sahabat di sana. dll

Banyak perkara boleh dikongsikan, namun mungkin setakat di sini saja buat kali ini. Sorry tunggang langgang. ^_^

Sedikit gambaran semasa naik 'tuk2'
Ok sampai bertemu lagi. 

Wassalam

Sunday 7 February 2016

Anak Asset ke Syurga

Assalamualaikum & selamat Sejahtera

8 haribulan

Antara tarikh yang akan ku ingat sampai bila-bila

Tarikh di mana segalanya berubah dalam hidup aku dan keluarga

Pada 8 haribulan jenazah ayah dikuburkan di kampung asal ibu aku setelah beliau dipanggil pergi oleh Allah pada hari sebelumnya 7 July 2015

Pada 8 haribulan ini di mana kami berpisah mata dan badan dari menatap wajah serta jasad beliau buat selama-lamanya

Namun apapun aku bersyukur dikurniakan seorang ibu yang sangat tenang dan sabar. Hanya air mata mengalir deras tanpa sebarang rungutan atau ratapan atas pemergian ayah.

Atok yang juga seorang imam kampung mengetuai proses memandikan jenazah dibantu oleh kami bertiga beradik dan sebahagian adik beradik ayah yang lelaki.

Seterusnya aku mengimamkan solat jenazah dan air mata deras mengalir serta suara tersekat-sekat melafazkan doa buat beliau.  Sedih yang teramat sangat. Allahu

Seterusnya dibawa ke tanah perkuburan diiringi ramai orang.

Kami beradik yang memegang jenazah ayah hingga ke liang lahad nya. Adik ku seorang mengazankan sebelum ditutup liang lahad dengan tanah dan seorang lagi adik ku membacakan talqin.

Tidak tertahan hati ini sebak dan sedih tambahan lagi melihat adik2 ku yang perempuan serta ibu ku.

Namun tetap ku bersyukur, ayah dan ibu ku telah mentarbiah (mendidik) kami dengan baik sehingga mampu membantu mereka hingga ke akhirnya.

Harapan ku juga agar mereka yang bernama anak dan masih mempunyai orang tua, sayangi mereka, hormati mereka. Jaga mereka dan jangan putus doakan mereka.

Sedikit peringatan, sebenarnya mereka orang tua kita mengharapkan agar anak-anaknya yang menguruskan mereka setelah mereka pergi menghadap Ilahi dan terus mendoakan mereka hingga akhir hayat kita pulak.

Sedikit perkongsian dari ceramah Ustaz Don Daniyal; video di bawah


Wassalam 

Sabahan Cuisine

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Jadi, post kali ini berkenaan Sabahan cuisine. 

Bukan semua Sabahan cuisine aku mau tunjuk tapi ini antaranya favorite aku sebagai seorang hamba Allah yang datang dari Ibu dan Ayah yang berbeza bangsa.

Yeah i am not a Malay but still I am a Muslim ok. ^^

Sedikit perkongsian dari 'makanan favorite' aku ni semasa balik cuti sem yang lalu.

Sagol + Putu + Agal2

Ambuyat + sayur tumis + Cecah Sambal belacan
Pic yang pertama, makanan bajau. Pic yang kedua, makanan kedayan.

Sesiapa yang ke Sabah, wajib cuba makanan ni. Nanti balik tempat sendiri, rindu2 Sabah.

Aku selalu bagitau kawan2 aku, kalau pergi Sabah, makanan inshaAllah aku tanggung. Just tiket kapal terbang tanggung sendiri la. haha

Ok adios. Wassalam

Friday 5 February 2016

~ Pengenalan ~

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt

Musafir Sabahan, nama blog ini diberi

Seorang Sabahan yang kini berada diperantauan (semenanjung Malaysia), keluar dari tanah kelahiran dan pernah berada di ardul kinanah buat beberapa tahun demi mengemis ilmu.

Kini sebagai pelajar dalam jurusan sains kesihatan di salah satu ipt di Malaysia.

Setelah beberapa blog 'dikerjakan' oleh penulis, ini adalah blog ketiga dan akan memuatkan kisah penulis sendiri sebagai diari 'hidup' penulis sepanjang berada dalam hayat ini dan juga sebagai pengajaran dan peringatan buat penulis dalam me-muhasabah-kan diri.

Perkongsian yang mana mungkin mampu memberi secebis pengajaran buat para pembaca.

Tak mahu menulis secara 'skema' atau penuh dengan aturan tatabahasa standard bagai penulisan karangan subjek bahasa Melayu. InshaAllah akan dibawakan secara santai.

InshaAllah segala apa yang dikongsika adalah benar dan tidak ditiru atau dibuat-buat. ^_^

Semoga kita akan terus bersama

Cuba ajar diri bertanya, "Apa khabar iman pada hari ini?"

Jom sama-sama berubah jadi baik

Wassalam