Friday 26 February 2016

Gambar seorang Wanita

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

All praises to Allah

Syukur pada Tuhan kerana masih bernyawa pada hari ini.

First of all, ini adalah berdasarkan perndapat dan penilaian dari penulis sendiri.

Syukur pada Tuhan sekali lagi kerana kita dilahirkan dalam keadaan fitrah dan suci. Sama ada lelaki mahupun perempuan.

Di sini penulis ingin mengutarakan sedikit pendapat berkenaan gambar anda wahai yang bernama perempuan tertamanya yang disiarkan (upload) ke media sosial.

Ya tidaklah penulis mengatakan bahawa upload gambar ke media sosial contohnya FB, Insta and so on salah seratus peratus. Tapi cuba fikir balik, adakah sesuatu yang baik kita menayangkan wajah yang sudah Tuhan beri untuk tatapan pada yang bukan halal selain suami dan keluarga.

Kini tanpa sedar, banyak 'website' atau capaian dalam media yang memuat naik gambar perempuan untuk digunakan untuk secara tidak baik. Mungkin juga salah satunya adalah gambar anda. (Naudzubillah)

"Well this is my account, don't tell me what to do", mungkin ni dalam hati kalian.

"Well, here I want to tell the reality" :)

Kena sedar, bahawa minda lelaki sangat luar biasa. (Ok sila luaskan pembacaan psikologi)
Mungkin ada antara mereka yang menggunakan gambar anda untuk memuaskan nafsu mereka.
(Allahualam)

Jijik, ya memang jijik tapi tidakah sedar bahawa, sememangnya wajah perempuan adalah sesuatu yang indah dan patut dijaga. Mungkin tidaklah totally salah pada perempuan tapi bak kata dalam istilah, 'You did trigger it"

Walaupun yang kelihatan cuma mata. Atau mungkin ya dikau bertutup dengan jubah tapi kalau jubah tu jenis menampakkan tubuh badan. Atau mungkin bertudung, tapi kalau jarang jenis kainnya.
Allah~ Ingat, mata dan minda lelaki ni luar biasa.

Secara personal, aku respect muslimah yang agak 'sombong' dengan lelaki. Senyuman mu mahal. Ya senyuman itu sedekah, senyum sajalah dengan golongan sama. Its not necessary, you as a woman smile to other man, right?  ^_<v

BE A RESPECTED WOMAN

Bukan menampakkan complicated, tapi dari hati seorang lelaki, i just want you to be the best wahai muslimh, especially cik 'zaujah'

Sebab itu dalam Islam, banyak mengajar pengikutnya dalam menjaga diri secara baik sama ada untuk lelaki mahupun perempuan. 

Penulis ceritakan sedikit, kadang dalam banyak-banyak kawan bukan semuanya yang soleh jenis baca qur'an 24 jam, ada juga perangai macam 'setan' kaan (pardon me).

"Tengok gambar cewek (perempuan) ni, cantikkan, comel Pergh kalau aku dapat..bla bla bla", kata si kawan pada aku. Dalam hati aku, well, nasib la kau perempuan. haha (Sorry guys)

Mohon gunakan media sosial secara berhemah.

Kadang ada yang sudah berrumah tangga tapi masih galak upload gambar ke media. Apa perasaan suami atau anak-anak? Tepuk dada tanya iman. Ini yang menakutkan aku.

Maafkan diri yang hina ini. Namun itulah hakikat dunia sekarang. Nilai moral kian merosot. Ya benar, kita akan kembali seperti zaman jahiliyah.

Wahai wanita, mohon pelihara dirimu. Ya dikau juga wahai lelaki.

Pelihara perhiasan mu wahai wanita untuk yang halal buatmu. Jadilah hiasan dunia yang indah bukan sebagai fitnah. Sungguh nilai budi dan lemah lembut mu sangat tinggi. 

Bukan mengkongkong wanita tapi sungguh Islam sangat menjaga dirimu. Allah tinggikan taraf mu sebagai wanita, jangan dikau rendahkan.

Dari Amr ibnu ra : ”Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhisannya adalah wanita solehah.” (HR.Muslim,Ibnu Majah dan An Nasai)

Akhir kalam, 

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(Surah An-Nur : 30)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, ...... (ila akhir ayaa)
(Surah An-Nur : 31)

Sedikit tambahan, ya benar lelaki akan tundukkan pandangan mereka seboleh mungkin, namun tanggungjawab perempuan juga untuk jaga diri mereka. Semoga Allah pelihara diri kita semua dan ditetapkan iman.


Allahualam, Sesungguhnya yang baik adalah dari Allah, yang kurang adalah dari diri penulis sendiri. Mohon maaf kalau ada yang terguris hati. Mohon teguran kalau ada salah.

Wassalam

2 comments: