Friday 5 February 2016

~ Pengenalan ~

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt

Musafir Sabahan, nama blog ini diberi

Seorang Sabahan yang kini berada diperantauan (semenanjung Malaysia), keluar dari tanah kelahiran dan pernah berada di ardul kinanah buat beberapa tahun demi mengemis ilmu.

Kini sebagai pelajar dalam jurusan sains kesihatan di salah satu ipt di Malaysia.

Setelah beberapa blog 'dikerjakan' oleh penulis, ini adalah blog ketiga dan akan memuatkan kisah penulis sendiri sebagai diari 'hidup' penulis sepanjang berada dalam hayat ini dan juga sebagai pengajaran dan peringatan buat penulis dalam me-muhasabah-kan diri.

Perkongsian yang mana mungkin mampu memberi secebis pengajaran buat para pembaca.

Tak mahu menulis secara 'skema' atau penuh dengan aturan tatabahasa standard bagai penulisan karangan subjek bahasa Melayu. InshaAllah akan dibawakan secara santai.

InshaAllah segala apa yang dikongsika adalah benar dan tidak ditiru atau dibuat-buat. ^_^

Semoga kita akan terus bersama

Cuba ajar diri bertanya, "Apa khabar iman pada hari ini?"

Jom sama-sama berubah jadi baik

Wassalam

No comments:

Post a Comment