Thursday 18 February 2016

Salam Jumaat 18 February (Sedikit Perkongsian)

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Jumuah Mubarakah

Salam jumaat yang berkah

Ikut kalendar masa Islam, dah jumaat kaan ni...hehe

10 JamadilAwal 1437 H

Semoga pada hari yang berkah ini lebih baik dari semalam dan lebih baik dari jumaat yang lepas

Nothing Special pun dalam 18 february ni sampai nak buat post segala.

Just terfikir nak share sikit pengalaman semasa berada diperantauan, ardul kinanah Mesir

Alhamdulillah Allah beri kesempatan buat hamba yang hina dina ini untuk merantau jauh demi mengemis ilmu

Dan banyak yang telah dilalui semasa berada di sana

Semasa pertama kali sampai di sana, para senior atau mereka yang lebih lama sudah berada di sana mengingatkan kami 'budak2 baru'

Ada apa dengan perkataan Mesir aka Egypt aka مصر  

Dalam perkataan arab, ada tiga huruf  م  ص  ر  

 Mim م - Musibah
 Sod ص - Sabar
Ro ر  - Redha

Musibah? Tak musibah mana pun, hanya banyak cubaan dan dugaan akan dilalui bagi mereka yang berada di sana. Sesiapa pernah berada di sana akan tahu. Contoh? haha malas mau cerita sebab banyak.

Sabar, ya mesti perlu sabar. Dengan segala cubaan dan ragam yang dilalui, banyak sangat mengajar erti kesabaran. Terutamanya semasa berurusan dengan orang Mesir. Paling mencabar.

Redha. Atas segala yang berlaku pasti atas kehendak Allah dan pasti ada hikmah buat mereka yang terus istiqamah dan sabar.

Ok bersempena hari jumaat yang mulia ini, hari jumaat di Mesir sangat indah bagi ku. Sangat mengajar akan erti hidup.

Selalu kalau di sini, Malaysia, kadang datang terlewat sikit semasa azan untuk solat jumaat, boleh masuk macam ninja melalui dan melangkah betis mereka yang terlebih dahulu sudah berada di masjid untuk berebut tempat di dalam masjid (iysh... sapa suru lambat).

Kalau di Mesir, fuhhh kalau datang semasa awal azan pun terpaksa berdiri dan siap membawa sejadah untuk persedian kalau2 tempat sudah tiada, kadang terpaksa sampai ke jalan raya. Bukan sebab masjid kecil tapi sebab jemaah yang sangat sangat ramai.

Dan jumaat paling best sebab cuti. Yes ada sebahagian negeri di Malaysia yang cuti pada hari jumaat tapi bagi kami Sabahan, mana lah dapat rasa bercuti pada hari jumaat melainkan berada di negeri tersebut. hehe

Hari yang diperuntukkan untuk main futsal awal pagi lepas subuh di 'suq sayarat' bagi mereka yang tinggal dekat2 'asyir'. Tempat dimana lahirnya para pemain bola sepak handalan. Main sampai orang arab halau sebab banyak kereta dah masuk nak kena lelong (lol)

Hari dimana meluangkan masa berasama sahabat handai. Kadang ada pergi ke muhafazah (macam daerah la) lain untuk melawat sahabat di sana. dll

Banyak perkara boleh dikongsikan, namun mungkin setakat di sini saja buat kali ini. Sorry tunggang langgang. ^_^

Sedikit gambaran semasa naik 'tuk2'
Ok sampai bertemu lagi. 

Wassalam

3 comments: